KUALA LUMPUR: Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan mahu terus menyinar tahun hadapan dengan meletakkan misi pertamanya untuk memburu sekurang-kurangnya kedudukan keempat di ranking kelayakan Olimpik sebelum ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Badang negara berusia 21 tahun itu berkata, untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kilogram (kg) di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.
"Jurulatih memang sasar untuk kejar angkatan 305kg, kalau buat angkatan dalam 300kg saya kira akan menghuni ranking keempat dunia dan itu sasaran saya sebelum ke Olimpik tahun depan.
"Sekarang saya sudah di ranking ketujuh dunia, selepas kejohanan di Qatar dua minggu lepas dan saya harap tiada yang mampu memotong kedudukan ini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa
Awal Disember lepas, atlet kelahiran Johor itu melakar kejayaan sensasi dengan meraih dua pingat di Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha, Qatar.
Lebih manis, kejayaan Mohamad Aniq itu menyaksikan beliau memperbaharui rekod kebangsaan 291kg miliknya sendiri semasa memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi pada September lepas.
Pencapaian itu sekali gus meletakkan Mohamad Aniq di kedudukan ketujuh ranking kelayakan Olimpik dan penyertaan pada Sukan Olimpik dihadkan kepada atlet di kedudukan 10 terbaik ranking kelayakan Olimpik sahaja.
Namun, ia belum menjamin slot buat Mohamad Aniq untuk ke temasya berprestij itu memandangkan ranking kelayakan akan sering berubah dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Mohamad Aniq berkata, jurulatihnya, Edmund Yeo akan memberi tumpuan untuk memberi tekanan bagi acara snatch dalam persediaan ke piala dunia.
"Sekarang saya sedang rehat, tapi untuk Januari nanti jurulatih akan beri latihan berintensiti tinggi selain tekankan untuk acara snatch, sebab masa di Qatar saya rasa ada kelemahan yang banyak pada snatch.
"Kami akan teruskan latihan di tanah air, sebelum bulan Mac kami akan ke Shanghai, China untuk sertai kem latihan, saya rasa di Shanghai saya akan lebih fokus dan bantu saya ke piala dunia," katanya.
Piala Dunia 2024 akan berlangsung di Phuket, Thailand bermula 2-11 April tahun depan.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangannya yang kini berada dalam program Road to Gold (RtG), pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu berkata, kemudahan yang disediakan program itu nyata banyak membantu beliau untuk meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.
"Dengan kemudahan yang saya terima juga, sedikit sebanyak jadi pembakar semangat untuk saya teruskan prestasi cemerlang supaya saya kekal berada dalam program ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
Mohamad Aniq berkata, jurulatihnya, Edmund Yeo akan memberi tumpuan untuk memberi tekanan bagi acara snatch dalam persediaan ke piala dunia. - Gambar Bernama
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Saya telah menang semuanya - Messi
Messi sudah berjaya menjulang pelbagai trofi sepanjang kariernya dan mengakui sudah rasa cukup dengan pencapaian yang diraihnya itu.
Harimau Malaya jumpa Oman pagi Jumaat
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah menjalani Sesi Latihan Rasmi di stadium berkenaan pada Rabu.
FIFA lancar slogan rasmi Piala Dunia 2030
Slogan Piala Dunia FIFA 2030 menampilkan frasa "Yalla Vamos" yang ditulis dalam kedua-dua bahasa Arab dan Sepanyol.
Harith Haiqal berpeluang raih debut antarabangsa di Oman
Impian menjadi kenyataan buat pemain pertahanan muda Selangor FC Harith Haiqal Adam Afkar, selepas disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Oman pada aksi Kumpulan D.
Pan Gon tidak puas hati dengan keadaan padang SNBJ
Pan Gon dilihat agak kecewa dengan keadaan padang SNBJ yang akan digunakan untuk perlawanan keempat Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ 2027 Piala Asia menentang Oman pada 26 Mac.
Bekas jurulatih Vietnam dilantik sebagai penasihat teknikal pasukan kebangsaan Republik Korea
Lee akan membantu Hwang Sun-hong dalam dua perlawanan menentang Thailand pada kelayakan Piala Dunia 2026, 21 dan 26 Mac ini.
Nazmi calon pengadil Malaysia ke Piala Dunia
PENGADIL dari Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah apabila terpilih sebagai salah seorang calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026.
Akhimullah muncul wira, bantu Malaysia kalahkan Amerika Syarikat
Kapten skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki negara Mohamad Akhimullah Anuar Esook muncul wira pasukan apabila meledak jaringan berganda untuk membantu Malaysia mengatasi Amerika Syarikat (AS) 3-2.